Home
 Sejarah
 Misi & Visi
 Panorama
 Kurikulum
 Ko-Kurikulum
 Staf SMKAM
 Asrama
 Album
 Downloads
 Bank Soalan
 Forum
 Guestbook
 Hubungi Kami
 Webmaster
 

Free Tell A Friend from Bravenet.com 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
Bicara Webmaster
` Selamat datang ke laman web rasmi SMKA Melor. Diharap pengunjung berpuas hati dengan maklumat yang tidak seberapa ini. Jika ada sebarang pertanyaan, komen atau cadangan boleh emailkan terus ke webmaster agar kami dapat memperbaiki kelemahan yang ada.
Selain itu, para pelawat dijemput memeriahkan forum yang kami sediakan. Disini pelawat boleh berbincang tentang pelbagai perkara yang ingin dibincangkan. Disini juga kami menyediakan ruangan "Download" dimana anda dapat memuat turun lagu-lagu nasyid, wallpaper, dan juga winamp skin. Jika anda berminat untuk berkongsi lagu-lagu nasyid/ walpaper/winamp skin untuk dimuatkan dalam laman web ini, anda bolehlah menghantarnya kepada webmaster. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sudilah kiranya kalian semua mencoretkan sepatah dua kata dalam buku pelawat untuk membuktikan bahawa anda telah mengunjungi laman web ini dan untuk dijadikan kenang-kenangan. Terima kasih.
 
Alu-aluan Mudir
Tn. Hj. Mohd. b. Harun ` Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Nya, laman web SMKAM telah berjaya dihasilkan oleh pelajar sekolah ini sendiri.

Laman web ini merupakan platform untuk warga SMKAM dan khasnya ibu bapa serta orang ramai untuk mengetahui perkembangan semasa di SMKAM.

Di samping itu, ia juga merupakan medium terbaik untuk mengabadikan peristiwa yang berlaku sepanjang sesi persekolahan 2005. Sebagai sebuah sekolah menengah orientasikan keagamaan, kita juga tidak ketinggalan dalam arus perdana untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta dasar dan hasrat kerajaan bagi melaksanakan penggunakaan ICT dalam aspek pengurusan dan juga pengajaran dan pembelajaran.

Syabas diucapakan dan saya berharap agar kecemerlangan pelajar SMKA Melor sentiasa terserlah setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang diseluruh negara yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Sekian, wassalam,

TN. HJ MOHD B HARUN

`

 

 

 
Bulletin

22/2/05
Kelas Tambahan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 bermula. Semua pelajar wajib menghadiri kelas tersebut.

18/2/05
Perlantikan AJK Asrama (Menuju Asrama Gemilang) dirasmikan oleh Tuan Mudir SMKAM.

Tuisyen Asrama bermula dan ini merupakan satu lagi usaha pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Di khaskan untuk pelajar asrama sahaja.

17/2/05
Majlis Sambutan Maal Hijrah dan ceramah disampaikan oleh Ustz. Tempawan dari SMK Kubang Kerian 1

Pelancaran Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) telah dirasmikan oleh Mudir SMKAM.

16/2/05
Kursus Kaedah Mokhdar oleh En. Mokhtar. Ini merupakan kaedah untuk mengingati angka dalam masa yang singkat.

08/2/05
Acara larian merentas desa. Bagi pelajar lelaki jarak lariannya 3.5 km dan pelajar perempuan jaraknya 3.2 km sahaja. Semua pelajar wajib menyertainya. Rumah Hanafi muncul juara bagi acara ini.

07/2/05
Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Narkotik IPD Kota Bharu, Tn. Hj. Zahari b. Ismail dan Pegawai PSPN Kelantan, Tn. Hj Norzeli b. Kassim.

 

 
Mutiara Kata
" Kehancuran suatu bangsa tidak disebabkan jumlah penduduknya yang besar, akan tetapi disebabkan Moralitas dan akhlak bangsa tersebut yang rosak. "
(Imam Asy-Syahid Hasan Al-Bana)
 
Borak²
 
 
`
Koleksi Artikal

1. Amalan Di Bulan Muharram
2. 10 Perkara Mengenai Menutup Aurat
3. Ambil Kembali Permata Itu
4. Kisah Mangkuk Cantik
5. Rintihan Subuh
6. Ilmu Berdakwah
7. Niat Baik INSYAALAH Akan Berjaya
8. Pakaian Wanita Di sudut Mata Lelaki
9. Sayangnya Allah Kepada Wanita
10. Tanda2 Kematian Bagi Orang Islam

 

Terbaru Dalam Album

` ` `

Links

Kementerian pendidikan malaysiaJPN

` `

 

 
© Copyright 2005. All Rights Reserved